Filtrar por gênero

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

3058 - 'Dia anak yang baik, reda ketentuan' -  Bapa Ahmad Azza Fahmi
0:00 / 0:00
1x
  • 3058 - 'Dia anak yang baik, reda ketentuan' -  Bapa Ahmad Azza Fahmi

    'Dia anak yang baik, reda ketentuan' -  Bapa Ahmad Azza Fahmi BERITA SEMASA 17 MEI 2024  Bapa kepada Ahmad Azza Fahmi Azhar, anggota polis yang terkorban kerana serangan individu yang dipercayai ada kaitan dengan Jemaah Islamiyah (JI) reda dengan pemergian anaknya itu dan menyifatkan arwah seorang anak yang sangat baik. Azhar Khaiden yang bertemu anaknya buat kali terakhir pada Ramadan lalu  berkata, tiada sebarang perubahan ditunjukkan malah arwah sempat berhubung melalui WhatsApp keluarga pada malam sebelum kejadian.  Ahmad Azza Fahmi merupakan salah seorang daripada dua wira negara yang terkorban dalam insiden serangan oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi Jumaat. Mangsa yang berpangkat Konstabel dan rakannya, Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said maut dalam kejadian pada jam 2.54 pagi itu. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #JI #Ulutiram

    Fri, 17 May 2024 - 01min
  • 3057 - Pengawal keselamatan curi duit di mesin CDM dipenjara lima bulan

    Pengawal keselamatan curi duit di mesin CDM dipenjara lima bulan BERITA SEMASA 17 MEI 2024 Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman lima bulan penjara di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pendakwaan mencuri duit milik sebuah kedai serbaneka di Melang, Kuala Pilah berjumlah RM2,190, Mac lalu, lapor lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan. Tertuduh Anis Abdul Aziz, 56, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayuti. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM2,190 milik syarikat MyCU Retail Sdn Bhd di sebuah bank di daerah Kuala Pilah pada 31 Mac lalu jam 2.53 petang. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665240/berita/semasa/pengawal-keselamatan-curi-duit-di-mesin-cdm-dipenjara-lima-bulan Muzik: Elevate dari www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian #CuriDuit

    Fri, 17 May 2024 - 01min
  • 3056 - 'Sanusi bukan pengganas' - Peguam

    'Sanusi bukan pengganas' - Peguam BERITA SEMASA 17 MEI 2024 Peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud menegaskan Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.  Beliau berkata demikian selepas pihak pendakwaan kekal dengan pendirian bahawa, senarai nama dan pernyataan saksi yang akan dipanggil ke mahkamah hanya akan diserahkan dalam masa 14 hari sebelum perbicaraan, yang dijadualkan bermula Julai depan. Menurut Awang Armadajaya, Muhammad Sanusi Md Nor, 50, tidak pernah melakukan jenayah keganasan, mendera atau mengugut orang. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665270/berita/semasa/sanusi-bukan-pengganas---peguam Muzik: Elevate dari www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian #Sanusi #MBKedah

    Fri, 17 May 2024 - 02min
  • 3055 - 'Arwah jadikan mengaji al-Quran, solat sunat amalan' - Suami

    BERITA SEMASA 17 MEI 2024 Allahyarham Rosnah Ramli, 60, yang meninggal dunia selepas solat Maghrib berjemaah di Masjid Zahir pada Khamis menjadikan mengaji al-Quran setiap hari sebagai amalan semasa hayatnya, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid. Suaminya, Ishak Mat Saman, 65, berkata, isterinya sentiasa membaca al-Quran dan melakukan solat sunat. Menurutnya, arwah isterinya yang merupakan surirumah akan melakukan solat tahajjud apabila terjaga dari tidur malam. Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/665277/edisi/utara/arwah-jadikan-mengaji-al-quran-solat-sunat-amalan---suami Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #alquran #Solatsunat

    Fri, 17 May 2024 - 01min
  • 3054 - Mek Thanaletchumi lebih selesa bertutur loghat Kelantan

    BERITA SEMASA 17 MEI 2024 Thanaletchumi Govindasamy, 46, sering dipandang pelik apabila dia lebih banyak bertutur menggunakan loghat Kelantan berbanding Bahasa Tamil, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin. Anak kelahiran Berek 12 Kota Bharu itu yang lebih mesra disapa dengan panggilan 'Mek' dalam kalangan rakan-rakannya yang terdiri daripada bangsa Melayu dan Cina. Ibu kepada dua anak itu mengakui dia jarang menggunakan Bahasa Tamil dalam kehidupan hariannya. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Bensound Dreams #SinarHarian #BeritaSemasa #Thalanaletchumibertuturloghatkelantan #Kelantan

    Fri, 17 May 2024 - 02min
Mostrar mais episódios