Podcasts by Category

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

2920 - [INTERVIU] Macam-macam hal artis sekarang
0:00 / 0:00
1x
  • 2920 - [INTERVIU] Macam-macam hal artis sekarang

    Selepas isu skandal melibatkan artis lelaki sudah berumah tangga, industri hiburan tanah air digemparkan lagi dengan pendedahan kontroversi seorang wanita warga seberang tambak berkait hal serupa. Adakah industri seni kita tidak terlepas daripada isu serupa sejak dulu? Sampai bila kita perlu dihidangkan dengan cerita sebegini?

    Thu, 02 May 2024 - 39min
  • 2919 - PN nafi guna isu kaum, hanya nyatakan realiti rakyat - Sanusi

    BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan menggunakan isu perkauman sebagai modal kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Aziz Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, gabungan itu hanya menyatakan perkara realiti yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662532/berita/politik/pn-nafi-guna-isu-kaum-hanya-nyatakan-realiti-rakyat---sanusi #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #SanusiMdNor #pilihanrayakecil

    Thu, 02 May 2024 - 01min
  • 2918 - Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab

    BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Selepas kontroversi mengenai status akademiknya, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Aziz. Walau bagaimanapun, pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu mengambil langkah selamat apabila mengelak daripada mengulas isu tersebut ketika ditanya pemberita selepas Ceramah Perdana PN di Batang Kali, malam Rabu. Beliau memberi alasan perlu ke lokasi lain walaupun had waktu berkempen dalam setiap pilihan raya setakat jam 12 tengah malam. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662446/berita/politik/tular-pula-isu-hutang-calon-pn-enggan-jawab Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKualaKubuBaharu #PN

    Thu, 02 May 2024 - 01min
  • 2917 - Hak bersuara dalam Malaysia semakin pudar - Syed Saddiq

    BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa kebebasan untuk bersuara ketika pimpinan Kerajaan Perpaduan kini sudah semakin pudar, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan Menurutnya, sekatan dilakukan kerajaan sangat luar biasa kerana kebanyakan hantaran di media sosial berkaitan keadaan atau masalah sebenar yang dihadapi kini akan dihapus dan diturunkan serta merta. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #KebebasanBersuara #SyedSaddiq #AktaHasutan

    Thu, 02 May 2024 - 02min
  • 2916 - Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlukan tahap seliaan terbaik

    BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig memerlukan tahap penyeliaan terbaik dan bukan sekadar mewujudkan badan induk tanpa memikirkan inisiatif yang mampu menjamin masa hadapan golongan pekerja gig, lapor wartawan Sinar Harian Nuratikah Athilya Hassan.  Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu menyediakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk potongan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada semua yang terlibat dalam ekonomi gig. Sebelum ini media melaporkan,  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig disegerakan. Beliau berkata, adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PekerjaGig #Gig #SyedSaddiq

    Thu, 02 May 2024 - 02min
Show More Episodes