Podcasts by Category

Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact keluarsekejap@gmail.com

103 - Ekosistem teknologi negara, Jual tenaga hijau ke Singapura, UM jemput siapa tu?, PRK KKB
0:00 / 0:00
1x
  • 103 - Ekosistem teknologi negara, Jual tenaga hijau ke Singapura, UM jemput siapa tu?, PRK KKB

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 99 mengulas berkenaan penganjuran Sidang Kemuncak KL20 dalam usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi syarikat dan pemodal teroka serta penubuhan Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) bagi perdagangan bekalan elektrik hijau rentas sempadan.


    Episod ini turut membincangkan tentang kenyataan kontroversi pensyarah warga asing pro-Israel dalam program di Universiti Malaya, protes mahasiswa di Amerika Syarikat serta perkembangan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang sedang berlangsung kini.

     

    Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi

    +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.

    Tue, 30 Apr 2024 - 1h 40min
  • 102 - Peranan PAC, Skandal LCS, Bersatu parti pengkhianat?, Tan Sri Muhyiddin vs Datuk Seri Hamzah

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 98 bersama tetamu khas YB Datuk Wira Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membincangkan tentang peranan PAC di Dewan Rakyat serta perkembangan terkini Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) TLDM.


    YB Datuk Wira Mas Ermieyati yang juga Naib Ketua Srikandi BERSATU turut berkongsikan bersama Keluar Sekejap perihal parti BERSATU termasuk berkenaan pemilihan parti, peranan PN sebagai pembangkang dan juga masa hadapan BERSATU dalam arena politik tanah air.

     

    Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi

    +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.

    Thu, 25 Apr 2024 - 1h 46min
  • 101 - Addendum Diraja Bossku, PRK di KKB yang ada ‘Ong’, Pembatalan PJD Link, Geopolitik 101

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 97 antaranya membincangkan tentang kewujudan Titah Adendum bagi Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara kepada tahanan di rumah dan habuan dari Kerajaan Madani menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

    Keluar Sekejap turut mengulas tentang anggaran ekonomi Malaysia suku pertama 2024, program kepakaran perubatan parallel pathway serta keputusan Kerajaan Madani membatalkan projek PJD Link.

    Keluar Sekejap juga menyentuh tentang konflik berterusan Iran dengan Rejim Zionis dan kegagalan Palestin menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.

    Mon, 22 Apr 2024 - 1h 25min
  • 100 - Genosid Gaza: Fakta di Lapangan, Pengalaman Misi Perubatan MSF

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 96 menampilkan tetamu khas iaitu Dr. Yuko Nakajima dan Paul McPhun dari Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) yang merupakan kumpulan petugas bantuan perubatan yang melaksanakan misi kemanusiaan di negara-negara yang mengalami konflik, wabak penyakit serta bencana alam dan manusia.


    Episod ini membincangkan tentang misi bantuan perubatan MSF di Palestin yang telah bermula semenjak tahun 1989 selain kedua-dua tetamu berkongsi pengalaman dan gambaran sebenar keadaan terkini di Semenanjung Gaza susulan genosid terbaharu Israel ke atas penduduk Palestin yang telah berlangsung sejak lebih 6 bulan yang lalu.


    Episod ini dijalankan dalam Bahasa Inggeris dengan pilihan sarikata Bahasa Melayu.


    Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi

    +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.

    Fri, 19 Apr 2024 - 1h 09min
  • 99 - 7 ‘Katak’ BERSATU, Reformati 25 Tahun?, Zafrul Tikam UMNO Selangor?, Iran vs Rejim Zionis

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 95 antaranya membincangkan tentang kebarangkalian 7 pilihan raya kecil susulan pindaan perlembagaan parti Bersatu yang telah diluluskan oleh ROS dan perpaduan negara yang semakin rapuh akibat isu kalimah Allah yang belum reda.


    Keluar Sekejap turut mengulas tentang perjalanan reformasi PKR sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya dan keadaan dalaman UMNO Selangor termasuklah berkaitan peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai Bendahari UMNO Selangor.


    Keluar Sekejap juga menyentuh tentang konflik Iran dan Rejim Zionis.


    Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi

    +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.

    Tue, 16 Apr 2024 - 1h 28min
Show More Episodes